Thursday, 20 December 2012

Jalan-Jalan bersama orang tersayang


  
Sabtu lepas 15/12/12, aku pegi kuar ngan en cinta. Dia ade lawatan di shah alam.So, boleh la aku jalan-jalan dengan die. Pagi-pagi lagi aku dah bangun..hehe..excited katekan.. Tepat jam 9.30 pg aku dah kuar pegi amek die kat tempat penginapan die.Selepas amek die, aku mintak die cari tempat breakfast dulu coz perut aku dah lapar sgt.Menyanyi-menyanyi minta diisi... hihi...Selepas makan, kami pun pegi la ke tempat yang dituju iaitu pegi membeli barang-barang sempena hari bahagia kami...cewah..


   

*ini pic time nak beli barang-barang...hihi..yeah *

Then, perjalanan kami diteruskan ke Jakel shah alam. Ingat nak beli border lace untuk baju aku tapi mak ai mahal la.. last-last aku tak jadi beli.. Seterusnya kami pegi ioi mall, cari baju en cinta..pilih punya pilih takde yang berkenan.. tapi benda lain lak yang berkenan... hihi.. tetiba aku nampak ade offer jam tangan murah, ade dua plak tu,sesuai cam jam couple... aku cakap kat en cinta aku berkenan ngan jam tu,bile die tengok die pun berkenan jugak.So, kami pn beli la...gembira la aku.. yeye ade jam...hihi..

ni la jam tu..hihi
  


Dah dapat jam apalagi senyum memanjang la aku...hihi...seronok sgt... Pastu en cinta ajak makan kat tgi friday, die kate nak makan ape yang die belum penah makan.. aku on je..Kami pun masuk la ke tgi, pelayan die semuanye speaking, terbelit-belit lidah aku nak jawab speaking diorang..layanan diorang bagi aku ok la.. biasa la kan nak tarik pelanggan.. Beberapa minit kemudian sampai la pesanan kami, wah nampak nice jugak makanan di sini...

  
ini menu aku pilih "tennesse chicken"

  
yang ni menu en cinta tapi xtau ape namenye

aku punya menu memang sedap.. lagi-lagi sos die, ade campuran beef dalam sos... urmmm..memang menjilat jari...hihi


Perjalanan kami diteruskan ke i-city shah alam, en cinta la die kata ade museum lam i-city baru bukak.. die kate dah datang sini rugi lau tak pegi... aku pun ikut je la.. bak kate salleh yacob dalam sinar fm, i follow...hihi... sampai saje kat i-city, mak ai ramai nye orang, memang la time mlm minggu katekan...
Kami pun masuk la dalam museum tu, aku pun teruja seketika. Banyak gak lukisan kat situ.. lau nak tau museum tu di panggil trick art museum, orang-orang yang datang boleh amek pic dengan lakaran-lakaran gambar kat situ mengikut posing yang ditunjuk oleh gambar di sebelah lakaran-lakaran tersebut.. ermmm aku nak terang pun tak reti... aku rasa lebih baik korang pegi sendiri.. so korang leh nampak sendiri... orang yang tau menilai seni boleh merasainye...hihi


  

  

  
  
ini lah pic2 kami kat trick art museum tu


Friday, 21 September 2012

Kau Yang Terindah

Perkenalan kita tanpa kita duga
Mungkin kita telah ditakdirkan untuk berkenalan sejak azali
Tapi kenapa baru sekarang cinta azali ku datang
Aku sangat bersyukur di pertemukan dengan mu
Ya Allah kau restukan lah cinta azali ku ini
Kerana aku tak sanggup kehilangan nya.....

Ya Allah...
Jika memang dia ditakdirkan untuk ku...
Kau satu lah hati ku dengan hatinya....
Jika dia bukan untuk untuk ku...
Kau pisahkan lah kami tanpa ada rasa kebencian...



Penang Mali

Walaupun percutian aku kat penang tak berapa nak best  sebab kesihatan aku tu la. Tapi sempat jugak aku pergi bukit bendera dan naik feri. Termakbul juga impian aku. Tujuan aku ke sana sebenarnya untuk berjumpa family en cinta. Tak sangka aku yang family en cinta telah lama menunggu kehadiran aku. Mula2 aku rasa nebes gak sebab diorang semua tengok aku. Lagi satu aku tak berapa faham sgt cakap penang. So, susah sikit aku nak faham cakap diorang dan berkomunikasi dengan diorang. Tak pe la yang paling penting diorang semua sporting dan friendly.

otw g bkt bendera nek feri

muka xsehat tapi masih leh tersenyum

Friday, 24 August 2012

cinta

Malam ini aku nak cakap pasal CINTA. Setiap manusia di dunia ini penah merasai cinta.Kerana cinta manusia lebih bersemangat dan mempunyai tenaga yang luar biasa. Penangan cinta memang terlalu hebat. Pencinta akan lupa siapa dirinya. Pencinta sanggup melakukan apa saja demi cintanya.Bila kita fikir-fikirkan dan renung-renung kan, CINTA membawa kebaikan dan keburukan kepada pencintanya.Dari aspek kebaikan, cintanya akan menjadi pendorong untuk lebih berjaya dalam pelajaran sebagai contoh berkapel di waktu belajar semasa di kolej.Dari aspek keburukan pula, pencinta sanggup melakukan apa yang disuruh oleh cintanya misalnya cintanya menyuruh melakukan perkara yang haram dan maksiat. Jadi, sebagai pencinta anda perlu bijak memilih cara untuk bercinta. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. :)

Friday, 17 August 2012

CIRI-CIRI LELAKI SOLEH

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling membetulkan sesama ikhwan dan tawadhuk penuh kepada Allah swt.
17. Berkasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

CINTA AZALI

             Hati alia masih ragu-ragu tentang pelawaan Razali untuk berjumpa. Malam itu alia menunaikan solat istikharah untuk meminta petunjuk dari Allah. Allah telah memberi petunjuk supaya dia berjumpa dengan Razali. Hari yang di nanti-nanti telah tiba . Alia pun berjumpa dengan Razali di tempat mereka janjikan.Alia masih malu-malu untuk memulakan bicara dengan Razali. Razali yang perasan dengan sikap malu-malu mula berbicara,"Alia, awak nampak cantik la," kata Razali."Errr, tak ada la, ada-ada je awk ni." Pujian Razali membuat muka alia yang putih melepak itu kemerah-merahan menahan malu di usik Razali.  " Betul la alia, saya tidak menyangka yang wajah awak secantik ini."tambah Razali memuji lagi.

            Sejak perjumpaan pertama itu, hubungan mereka semakin akrab dan mereka memutuskan untuk menjadi pasangan kekasih.Hidup alia semakin bahagia bersama Razali. Setahun sudah berlalu, Razali melamar alia untuk dijadikan suri hidupnya. Razali mengajak alia keluar makan malam di sebuah restoran yang selalu mereka kunjungi. Sampai di restoran, alia dan razali duduk di tempat yang begitu strategik tanpa gangguan pelanggan lain. Tiba-tiba Razali melutut didepan alia,"Alia, sudikah awak menjadi isteri saya?" tanya Razali. Alia menitiskan air mata mendengar lamaran ikhlas daripada Razali. Alia rasa terharu sangat dan dia mengangguk tanda setuju dengan lamaran razali. Razali sangat gembira sampai nk terpeluk alia tapi di halang alia," awak, kite ni belum nikah lagi la, haram", tegur alia sambil tersenyum." alamak, sori la sayang, excited sangat ni", razali menjawab dengan ketawa.

        Dua tahun kemudian," abang, abang, sakit ni," jerit alia menahan sakit." sabar la sayang, kite dah nak sampai hospital ni", jawab Razali dengan risau. Sampai saja di hospital, alia terus di masuk kan ke wad kecemasan. Razali mula bertambah risau sudah lapan jam alia di bilik pembedahan. Razali berdoa semoga isteri dan anaknya selamat. Akhirnya, " tahniah encik razali, awak dapat anak lelaki, isteri dan anak awak selamat," kata doktor . Razali tak dapat menahan rasa gembiranya dan bersyukur anak serta isterinya selamat. Razali mendukung anaknya, "sayang, terima kasih sebab melahirkan zuriat kita," kata razali sambil mencium dahi isterinya." itu hadiah alia kepada abang sebagai simbol cinta kita, abang",jawab alia." Abang, kita bagi nama anak kita AZALI leh tak abang," tambah alia." ermm, ok jugak nama tu, AZALI adalah lambang cinta alia dan razali.alia dan razali berpegangan tangan sambil tersenyum kerana hidup mereka semakin bahagia dengan kehadiran azali.                                            ~tamat~

Thursday, 9 August 2012

CINTA AZALI

        Alia sangat gembira sampai tak terkata. Razali memberi respon yang baik juga akhirnya.Dalam mesej itu Razali membalas, " kite ni kenal ke", dengan selamba alia menjawab, "tak, saje nak berkenalan,".Bermula dari situ hubungan mereka semakin rapat. mereka berdua saling bertukar nombor telefon. tiba-tiba ade satu mesej dari razali yang alia tidak menyangka, mesej razali berbunyi begini," awak ni single ke atau berpunya, lau awak single ada chance la saya nk ngorat...hihi,". alia membaca mesej itu sambil tersengih. dalam hatinya pun dia rasa dia suka kan Razali. Sejak dari itu mereka kerap berbalas sms di telefon. Alia merasa kebahagiaan hadir lagi dalam hidupnya.

         Pada suatu malam, Alia memberanikan diri untuk menelefon Razali. Panggilan telefon di jawab oleh Razali dengan senang hati. Pertama kali Alia mendengar suara Razali.Alia rasa nak ketawa bila Razali cuba untuk mengawal loghatnya yang berasal dari utara itu. Tak pernah Alia rasa sebahagia ini. Sebelum tidur Alia akan terbayang-bayang perbualan mereka tadi. Alia tersenyum sendiri. Kawan sebilik Alia, Zati menegur Alia," ai Alia, tersenyum sorang-sorang nampak,"tanya zati yang perasan tentang gelagat alia tadi. alia menjawab,"eerrr tak ada apa la..hihi,". Alia cuba berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Hari berganti hari dan sudah sebulan mereka berkenalan. Razali menghantar mesej kepada Alia,"Alia, bila kita nak jumpa," Alia pula rasa gelisah bila Razali ingin mereka bertemu. Razali membalas lagi," minggu depan saya ada kerja kat tempat area awak tu, kalau awak sudi boleh la kite jumpa." Alia tidak tahu untuk membalas mesej Razali itu. " Errr, nanti saya bagi jawapannya ek," balas Alia. Alia menjadi tak keruan. Perasaannya berbelah bagi."Kenapa aku rasa berdebar-debar je ni," bisik Alia dalam hati.Apa jawapan Alia akan berikan pada Razali, adakah dia setuju untuk berjumpa atau tidak??.  ~bersambung~

Thursday, 2 August 2012

CINTA AZALI

hai selamat malam, aku kembali lagi untuk update blog aku. ingat tak yang aku penah kata sebelum ni yang aku nak karang cerpen. so malam ni aku nk tulis cerpen aku. cerpen aku tidak kene mengena dengan yang hidup atau pun yang mati... hayati la cerpen aku ini. selamat membaca...^_^

                               cInTa AzAli

            Alia menangis teresak-esak dalam bilik tidur sambil membalas mesej ex-boyfriend nya, amer. kandungan mesej alia berbunyi begini, "kenapa abg buat syg macam ni?. sampai hati abg tinggalkan syg" . tetapi tiada balasan mesej daripada amer. tangisan alia didengari oleh kawan sebiliknya, zati. zati menegur alia," nape ni alia? ape yang terjadi ni" tanya zati. alia menjawab sambil menangis" amer dah tinggalkan aku". zati terkejut mendengar jawapan alia. tidak di sangka lelaki yang dianggap baik dari mula lagi sanggup meninggalkan rakannya sebegini rupa.zati cuba menenangkan alia, "sudah la alia x payah ko nak menangis untuk lelaki macam tu xguna pun air mata ko".tiba-tiba zati teringat dia ada seorang kawan lelaki yang single dan ingin mencari teman hidup. zati terus menyarankan kawan lelakinya kepada alia. tiba-tiba zati bersuara, " alia cuba ko try kenal kawan aku ni, dia budak baik tau", kata zati kepada alia. alia dengar dan xdengar kata-kata kawannya itu dek kerana terlalu melayan perasaan sedihnya.

             Keesokkan harinya bermula episod baru alia untuk bergelar single setelah beberapa kali cintanya tidak kesampaian. kadang-kadang pernah juga alia menyalahkan takdir tentang nasib yang menimpa dirinya.   " Zati, kenapa nasib aku asyik malang je dalam percintaan. setiap kali aku betul-betulkan cintakan seseorang itu. saat-saat itu lah cinta yang mula berputik akan hancur. kenapa zati? kenapa?, tanya alia sambil mengalirkan airmata. " Sudah la alia, xpayah la ko nk kenang- kenang lagi perkara-perkara yang dah lepas", kata zati dengan nada memujuk. Selang beberapa hari alia sudah dapat melupakan kisah cintanya yang tidak kesampaian itu. Seperti biasa dia akan membuka facebook nya untuk melihat segala-segala " notification". Tiba-tiba dia teringat dengan kata-kata zati yang ingin dia berkenalan dengan kawan nya itu.
alia cuba mencari facebook lelaki itu dan akhirnya," ha, ini dia pun facebooknya, nama dia Razali rupanya," kata alia dalam hati. " Smart gak, comel, berisi dan yang pasti aku macam ingin sangat kenal ngan dia", sambung alia lagi. Tanpa membuang masa lagi alia terus meng "add" facebook Razali. Alia berharap ade respon baik daripada Razali.Tidak sampai 5 minit, Razali telah meng "approved request" alia. Alia sangat teruja dan gembira sebab ade respon baik dari Razali. Razali menghantar mesej di wall alia," time kaseh menambah". Alia membalas ,"sama-sama". Alia menyambung lagi ," kalau free pm la". Razali pula membalas ," tengok la nanti kalau free". Hampa alia mendengar jawapan itu. Walau bagaimanapun alia tetap menunggu kalau-kalau Razali akan membalas mesej nya lagi. Tanpa dia sangka Razali menghantar mesej lagi. Alia sangat seronok macam nak lompat-lompat.   ~bersambung~

bosan + stress

Sorry sebab dah lama tak update. Mesti u all tertunggu-tunggu cerpen yang aku nak karang tu kan.. Actually, aku belum wat complete lagi cerpen aku sebab aku x ade idea lagi. lau tiba masa nye aku update ek.. ari nie aku berbuka kat company aku... mula2 aku tak nak join tp memandangkan taun lepas aku tak join so aku teringin join taun. menu berbuka bese saje.. kira ok la meriah dan happening. aku tak tau la sejak akhir- akhir aku mula bosan ngan job tasks aku kat ofis. every month wat tasks yg sama. nak wat cmne kan dh mmg keje aku.. dah cari job lain tp xde rezeki lagi... insya allah ade rezeki untuk aku nanti...
harap-harap allah permudahkan segala urusan aku... aminnnn

Thursday, 5 July 2012

xsabo ari sabtu

ari ni ari khamis... xsabarnye nk tunggu sabtu...nk alek umh... lau jadi nk date ngan en cinta...hihi... jgn jeles... windu kat en cinta... tengkuk pale rs kebas je... ape psl pn xtau... duk on9 ja kot... lenguh rsnye... sabo je la.. dh la nk date xde baju...en cinta kate pkai la ape yg ade...so  ikut je la... pakai pe yg ade... ok la nk berangan jap...tata

Tuesday, 3 July 2012

mengedik di kala mc


ari ni aku mc... sebab ape?.... hihi...rahsia la... saja gatai2 nk mc.... so xtau nk wat ape aku pinjam la spek kawan aku ni... aku senap la pic aku guna kamera lappy aku... saje bosan2... kepada kawanku, pinjam sat ek spek ni... jgn mare...hihi^_^

Monday, 2 July 2012

baru belajar berblogger

hari ini aku xbape nk sihat... bukan sakit ek tp berhadapan ngan simtom2 penyakit owg pompuan tiap2 bln... msti korang tertanya2... apakah sakit tu... ala xyah la tau... owg pompuan je tau...hihi... lemah gak badan... bese la ari pertama... aku tulis entri ni sebab baru nk belajar berbeloger...hihi.... yela owg de blog aku pn nk de blog tp xrajin update... ape daaa...hihi...pejam celik pejam celik dh masuk bulan 7...  lagi 3 mggu nk pose... pastu raye... yeay yeay... beria lak aku... pose pn belum... kepada sape2 yg xgnti pose tu cpt2 lak gnti.... nnti kene double lak taun depan...hihi...en cinta aku kate ko tulis apa saje entri yang ko minat... aku pulak minat tulis cerpen... xpe next entri nanti aku post karangan cerpen... cam dak skolah lak tulis cerpen kan... dulu aku ade la cita2 nk jd novelis.... ceewahh... perasan aku ni... aku minat gak baca novel... terutama novel2 cinta... bese la.... jiwang...hihi....ok la... aku dah lenguh jari lak menaip...jpe lagi kat next entri ek...tata