Hati alia masih ragu-ragu tentang pelawaan Razali untuk berjumpa. Malam itu alia menunaikan solat istikharah untuk meminta petunjuk dari Allah. Allah telah memberi petunjuk supaya dia berjumpa dengan Razali. Hari yang di nanti-nanti telah tiba . Alia pun berjumpa dengan Razali di tempat mereka janjikan.Alia masih malu-malu untuk memulakan bicara dengan Razali. Razali yang perasan dengan sikap malu-malu mula berbicara,"Alia, awak nampak cantik la," kata Razali."Errr, tak ada la, ada-ada je awk ni." Pujian Razali membuat muka alia yang putih melepak itu kemerah-merahan menahan malu di usik Razali. " Betul la alia, saya tidak menyangka yang wajah awak secantik ini."tambah Razali memuji lagi.
Sejak perjumpaan pertama itu, hubungan mereka semakin akrab dan mereka memutuskan untuk menjadi pasangan kekasih.Hidup alia semakin bahagia bersama Razali. Setahun sudah berlalu, Razali melamar alia untuk dijadikan suri hidupnya. Razali mengajak alia keluar makan malam di sebuah restoran yang selalu mereka kunjungi. Sampai di restoran, alia dan razali duduk di tempat yang begitu strategik tanpa gangguan pelanggan lain. Tiba-tiba Razali melutut didepan alia,"Alia, sudikah awak menjadi isteri saya?" tanya Razali. Alia menitiskan air mata mendengar lamaran ikhlas daripada Razali. Alia rasa terharu sangat dan dia mengangguk tanda setuju dengan lamaran razali. Razali sangat gembira sampai nk terpeluk alia tapi di halang alia," awak, kite ni belum nikah lagi la, haram", tegur alia sambil tersenyum." alamak, sori la sayang, excited sangat ni", razali menjawab dengan ketawa.
Dua tahun kemudian," abang, abang, sakit ni," jerit alia menahan sakit." sabar la sayang, kite dah nak sampai hospital ni", jawab Razali dengan risau. Sampai saja di hospital, alia terus di masuk kan ke wad kecemasan. Razali mula bertambah risau sudah lapan jam alia di bilik pembedahan. Razali berdoa semoga isteri dan anaknya selamat. Akhirnya, " tahniah encik razali, awak dapat anak lelaki, isteri dan anak awak selamat," kata doktor . Razali tak dapat menahan rasa gembiranya dan bersyukur anak serta isterinya selamat. Razali mendukung anaknya, "sayang, terima kasih sebab melahirkan zuriat kita," kata razali sambil mencium dahi isterinya." itu hadiah alia kepada abang sebagai simbol cinta kita, abang",jawab alia." Abang, kita bagi nama anak kita AZALI leh tak abang," tambah alia." ermm, ok jugak nama tu, AZALI adalah lambang cinta alia dan razali.alia dan razali berpegangan tangan sambil tersenyum kerana hidup mereka semakin bahagia dengan kehadiran azali. ~tamat~
No comments:
Post a Comment