hai selamat malam, aku kembali lagi untuk update blog aku. ingat tak yang aku penah kata sebelum ni yang aku nak karang cerpen. so malam ni aku nk tulis cerpen aku. cerpen aku tidak kene mengena dengan yang hidup atau pun yang mati... hayati la cerpen aku ini. selamat membaca...^_^
cInTa AzAli
Alia menangis teresak-esak dalam bilik tidur sambil membalas mesej ex-boyfriend nya, amer. kandungan mesej alia berbunyi begini, "kenapa abg buat syg macam ni?. sampai hati abg tinggalkan syg" . tetapi tiada balasan mesej daripada amer. tangisan alia didengari oleh kawan sebiliknya, zati. zati menegur alia," nape ni alia? ape yang terjadi ni" tanya zati. alia menjawab sambil menangis" amer dah tinggalkan aku". zati terkejut mendengar jawapan alia. tidak di sangka lelaki yang dianggap baik dari mula lagi sanggup meninggalkan rakannya sebegini rupa.zati cuba menenangkan alia, "sudah la alia x payah ko nak menangis untuk lelaki macam tu xguna pun air mata ko".tiba-tiba zati teringat dia ada seorang kawan lelaki yang single dan ingin mencari teman hidup. zati terus menyarankan kawan lelakinya kepada alia. tiba-tiba zati bersuara, " alia cuba ko try kenal kawan aku ni, dia budak baik tau", kata zati kepada alia. alia dengar dan xdengar kata-kata kawannya itu dek kerana terlalu melayan perasaan sedihnya.
Keesokkan harinya bermula episod baru alia untuk bergelar single setelah beberapa kali cintanya tidak kesampaian. kadang-kadang pernah juga alia menyalahkan takdir tentang nasib yang menimpa dirinya. " Zati, kenapa nasib aku asyik malang je dalam percintaan. setiap kali aku betul-betulkan cintakan seseorang itu. saat-saat itu lah cinta yang mula berputik akan hancur. kenapa zati? kenapa?, tanya alia sambil mengalirkan airmata. " Sudah la alia, xpayah la ko nk kenang- kenang lagi perkara-perkara yang dah lepas", kata zati dengan nada memujuk. Selang beberapa hari alia sudah dapat melupakan kisah cintanya yang tidak kesampaian itu. Seperti biasa dia akan membuka facebook nya untuk melihat segala-segala " notification". Tiba-tiba dia teringat dengan kata-kata zati yang ingin dia berkenalan dengan kawan nya itu.
alia cuba mencari facebook lelaki itu dan akhirnya," ha, ini dia pun facebooknya, nama dia Razali rupanya," kata alia dalam hati. " Smart gak, comel, berisi dan yang pasti aku macam ingin sangat kenal ngan dia", sambung alia lagi. Tanpa membuang masa lagi alia terus meng "add" facebook Razali. Alia berharap ade respon baik daripada Razali.Tidak sampai 5 minit, Razali telah meng "approved request" alia. Alia sangat teruja dan gembira sebab ade respon baik dari Razali. Razali menghantar mesej di wall alia," time kaseh menambah". Alia membalas ,"sama-sama". Alia menyambung lagi ," kalau free pm la". Razali pula membalas ," tengok la nanti kalau free". Hampa alia mendengar jawapan itu. Walau bagaimanapun alia tetap menunggu kalau-kalau Razali akan membalas mesej nya lagi. Tanpa dia sangka Razali menghantar mesej lagi. Alia sangat seronok macam nak lompat-lompat. ~bersambung~
No comments:
Post a Comment